Sunday 10 May 2009

Nukilan Peribadi

Salam semua. Kali ini saya telah mengambil keputusan untuk menyediakan satu blog baru untuk nukilan peribadi berbanding blog utama yang akan memfokuskan 100% kepada pembelajaran Sains.

Coretan pertama:




i. Hari Ibu 2009

Kali ini saya tidak pulang ke kampung untuk sama-sama menyambut Hari Ibu bersama ibu saya. Tapi saya sempat menelefon dan mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya. Pn Noriezan Bt Mohd Sanif; nama ibu yang melahirkan diri ini.

Terlalu besar pengorbanan yang ibu berikan, kalau tidak tidak akan mampu saya menulis nukilan ini. Jika mengimbas memori silam, ibu hanya kita yang tahu susah payah untuk kita menongkah hidup, kini kita sudah mampu tersenyum kerana jerih dulu kian hilang.






Dikesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat ibuku dan semua insan yang bergelar ibu.